Pemandu maut, lima penumpang selamat

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

BATU PAHAT – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki bersama lima penumpang lain terbabas sebelum terjunam dalam parit di Kampung Sengkuang Sri Gading di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, mangsa berusia 32 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit.

Lima penumpang lain termasuk dua adik-beradik dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang belum dikenalpasti identitinya dilaporkan selamat.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Muhamad Zulfadli Ahmad Zainudin, enam kenderaan termasuk jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram dengan kekuatan 18 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.31 petang dan sebaik tiba di lokasi terdapat seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu Perodua Viva yang terbabas dalam parit.

“Anggota bomba membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk mendapatkan rawatan.-K! ONLINE

The post Pemandu maut, lima penumpang selamat appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *