Pemandu lori tak mengaku salah tampar pipi isteri

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID

MELAKA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan ke atas isterinya minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 37, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Teoh Shu Yee.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya yang berusia 31 tahun dengan cara memukul bahagian pipi kanan menggunakan tangan .

Kesalahan itu didakwa dilakukannya di dalam sebuah rumah di Jalan KJ19 Taman Krubong Jaya dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 3 September lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM1,500 dengan seorang penjamin dan kes disebut semula 10 November depan. – K! ONLINE

The post Pemandu lori tak mengaku salah tampar pipi isteri appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *