Pemain bola sepak Brazil tayang ‘anu’

BRASILIA, Brazil – Pemain kelab bola sepak Brazil, Emerson Carioca digantung lapan perlawanan kerana berbogel dan menayangkan alat sulitnya ketika meraikan gol kemenangan, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Panel disiplin bola sepak Brazil mendapati Carioca, 25, bersalah atas perbuatan yang dianggap melanggar disiplin sukan dan etika pemain bola sepak.

Dalam kejadian pada Disember lalu, Carioca yang ketika itu bermain untuk kelab Sampaio Correa, mengejutkan peminat apabila menanggalkan seluar dan menayangkan alat sulit kepada pasukan lawan.

Tindakannya mengundang kemarahan pasukan lawan dan akhirnya mencetuskan pergaduhan di tengah padang.

Carioca telah membuat permohonan maaf dan mengakui tindakan menayangkan alat sulit adalah di luar batasan.

Namun begitu, dia mengatakan pasukan lawan telah terlebih dahulu melaungkan kata-kata berbaur perkauman sebelum insiden berlaku.

“Mereka memanggil saya pemalas, pemabuk dan monyet gemuk. Saya kesal dengan apa yang berlaku.

“Saya memohon maaf bagi pihak peminat pasukan Sampaio Correa, rakan sepasukan dan semua yang meminati sukan bola sepak,” katanya.

Carioca yang sudah berpindah ke kelab baharu, Potuguesa de Rio akan membuat rayuan bagi mengurangkan hukuman gantung perlawanan tersebut. – Agensi

The post Pemain bola sepak Brazil tayang ‘anu’ appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *