Peluang jadi pembanci bagi Daerah Kinta

Oleh ZAKI SALLEH

IPOH – Orang ramai khususnya golongan belia yang berminat dipelawa untuk mengambil peluang bagi mengisi jawatan sebagai pembanci untuk Banci Penduduk dan Perumahan 2020 bagi Daerah Kinta.

Proses bancian di daerah ini melibatkan 30 kawasan meliputi Mengelembu, Pasir Puteh, Pengkalan Pegoh, Lahat, Pusing, Simpang Pulai, Batu Gajah, Pusing, Tronoh, Siputeh dan Tanjung Tualang.

Menurut jurucakap Jabatan Perangkaan Malaysia negeri Perak, satu sesi temuduga terbuka akan diadakan di Bilik Mesyuarat Ixora, Aras 2, Majlis Daerah Batu Gajah pada hari esok (Jumaat) bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Katanya, tempoh bekerja sebagai pembanci adalah selama sebulan iaitu sepanjang bulan Oktober.

“Setiap pembanci akan diberi elaun sebanyak RM54 sehari dan pemohon hendaklah memiliki kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.

“Pemohon perlu membawa dan mengemukakan salinan dokumen-dokumen berikut iaitu kad pengenalan, sijil berhenti sekolah, sijil peperiksaan dan lesen memandu yang disahkan,” ujar jurucakap tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Majlis Daerah Batu Gajah di talian 05-3632 020 atau 2026 dan 2028.

Fasa pertama Banci 2020 atau e-Census kini dijalankan secara dalam talian dari 7 hingga 30 September, diikuti fasa kedua yang akan dijalankan secara bersemuka oleh pembanci dari 7 hingga 24 Oktober. – K! ONLINE

The post Peluang jadi pembanci bagi Daerah Kinta appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *