Pelajar sekolah positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Imej tular bekenaan sekumpulan pelajar yang memakai gelang pink di sebuah sekolah di Pantai Dalam hari ini dipercayai baharu selesai menjalani saringan Covid-19.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai di sini hari ini, seorang pelajar tingkatan lima di sekolah tersebut disahkan positif Covid-19 setelah membuat saringan dua hari lalu.

“Pelajar tersebut telah pulang ke Kelantan bersama keluarga sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

“Saringan ke atas semua pelajar di kelas yang sama dengan pelajar positif tersebut telah dilakukan petang tadi termasuk guru yang mengajar,” kata kenyataan tersebut.

Tambah kenyataan itu lagi, seramai 21 daripada 34 keseluruhan pelajar telah disaring dan 12 lagi pelajar yang tidak hadir akan disaring di Klinik Tangling esok.

“Tujuh daripada lapan orang guru yang dikenalpasti mengajar di kelas tersebut juga sudah disaring dan seorang lagi akan disaring di klinik yang sama esok.

“Pihak Kementerian Kesihatan akan hadir ke sekolah tersebut esok untuk membuat proses sanitasi di kelas terbabit,” ujar kenyataan tersebut. – K! ONLINE

The post Pelajar sekolah positif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *