Pekerja penyelenggaraan maut tersepit lif

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Seorang pekerja penyelenggaraan maut akibat tersepit di atas lif ketika sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri di Presint 9 di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari di Pangsapuri Harmoni, Presint 9 itu, mangsa berusia 36 tahun dipercayai sedang melakukan penyelenggaraan di atas sebuah lif sebelum ditemui tersepit antara lif dan aras tingkat pangsapuri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Hafizal Mohd. Razali berkata, anggotanya mengambil masa 30 minit bagi mengeluarkan mayat mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 12.20 tengah hari sebelum bergerak ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Operasi mengeluarkan mangsa tersebut membabitkan 12 pegawai bomba diketuai Timbalan Penguasa Bomba Che Shaari Abdullah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – K! ONLINE

The post Pekerja penyelenggaraan maut tersepit lif appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *