Pecah amanah lebih RM1.5 juta

NOR AINNA HAMZAH

TAMPIN – Seorang bekas eksekutif pemasaran sebuah syarikat swasta di daerah ini direman dua hari di Mahkamah Majistret Tampin bagi siasatan kes salah laku pecah amanah dengan nilai lebih RM1.5 juta.

Majistret Tan Chai Wei membenarkan permohonan reman itu yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Awang Hamad Abdullah.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis pada pukul 6.30 petang  semalam ketika hadir di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Tampin bagi membantu siasatan.

Pihak syarikat telah membuat laporan polis dan mendakwa telah berlaku salah laku pecah amanah, penipuan, pemalsuan dokumen dan penyelewengan oleh bekas eksekutif pemasaran berkenaan yang didapati memalsukan dokumen Purchase Order “PO” milik 12 syarikat lain yang mempunyai akaun pembelian kredit.

Suspek telah disyaki membuat pengeluaran batuan dan premix dan menjual kepada pihak ketiga.

Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah. -K! ONLINE

The post Pecah amanah lebih RM1.5 juta appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *