PDRM buka kertas siasatan terhadap Khairuddin

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini mengesahkan Bukit Aman telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr. Khairuddin Aman Razali yang melanggar perintah wajib kuarantin Covid-19 selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

“Polis telah membuka kertas siasatan terhadap kes ini,” ujarnya kepada sebuah stesen televisyen tempatan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Pengarah (Siasatan/ Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis telah menerima 27 laporan di seluruh negara.

“Polis akan menyiasat Khairuddin melalui akta berkaitan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” jelasnya.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia. (KKM) telah mengenakan kompaun RM1,000 kepada Khairuddin setelah didapati ingkar arahan kuarantin 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Bagaimanapun hukuman tersebut mendapat kritikan kerana dikatakan tidak setimpal dan berat sebelah ekoran jawatannya sebagai menteri kabinet.

Pada 18 Ogos lalu, ahli parlimen Seputeh, Teressa Kok mendedahkan bahawa Khairuddin telah pulang dari Turki pada 7 Julai namun tidak menjalani kuarantin dan menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Menurut peraturan yang ditetapkan, mereka yang pulang dari luar negara perlu melakukan ujian swab dan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari. – K! ONLINE.

The post PDRM buka kertas siasatan terhadap Khairuddin appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *