Pasaran rokok seludup jejas ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia kini memiliki kadar penembusan rokok seludup tertinggi di dunia dengan anggaran lebih daripada 12 bilion batang rokok dijual setiap tahun.
Pengarah Urusan Advokasi Jenama Runcit dan Dagangan Malaysia (RTBA Malaysia), Datuk Fazli Nordin berkata, saiz pasaran yang besar itu telah menyebabkan gangguan kepada ekonomi dan memberi kesan negatif kepada masalah sosial selain ia dikaitkan dengan pasaran gelap.
“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan agenda sosio-ekonomi negara dan memburukkan hubungannya dengan negara-negara lain di rantau ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.
Susulan daripada permasalahan tersebut, RTBA dalam laporannya yang bertajuk Illicit Tobacco in the Asia-Pacific Region: Causes and Solutions yang diterbitkan pada April 2020 telah menyarankan agar pembentukan pasukan petugas khas pelbagai agensi daripada pelbagai negara bagi menangani masalah ini daripada perspektif Kerajaan kepada Kerajaan.
Laporan itu turut memberi saranan untuk memperbaharui cukai bagi menghapuskan keuntungan penjenayah yang menyeludup rokok pasaran gelap.
“Menutup jurang harga antara rokok sah dengan rokok seludup atau tidak sah boleh menjadi langkah berkesan dan pragmatik bagi menghentikan merebaknya pasaran rokok gelap ke seluruh rantau ini,’’ jelas Fazli.

The post Pasaran rokok seludup jejas ekonomi appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *