Pas beri sokongan penuh kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pas menegaskan 18 Ahli Parlimennya memberi sokongan sepenuhnya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang masih sah di sisi Perlembagaan Malaysia.

Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pada masa sama, Pas juga akan terus memperteguhkan setiakawan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

“Seterusnya Pas mengajak seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung usaha kerajaan Perikatan Nasional menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara secara bersama,” jelasnya melalui satu kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE.

The post Pas beri sokongan penuh kepada Muhyiddin appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *