Pakistan seru India laksanakan Artikel 370

ISLAMABAD, Pakistan – Perdana Menteri Pakistan, Imran Khas menyeru India agar melaksanakan Artikel 370 di Kashmir, lapor akhbar The Hindu.

Menurutnya, penduduk Kashmir perlulah bebas menentukan masa depan mereka sendiri.

Bercakap pada satu perhimpunan di Kotli, Azad Kashmir, beliau menyeru India untuk menyelesaikan isu membabitkan wilayah tersebut dengan Pakistan.

“Hari ini, saya katakan lagi kepada kamu. Marilah menyelesaikan perseteruan mengenai Kashmir dengan kami. Untuk itu, perkara pertama yang kamu mesti lakukan ialah melaksanakan Artikel 370.

“Baharulah bercakap dengan kami dan selari dengan Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berilah warga Kashmir hak mereka,” katanya pada perhimpunan Hari Solidariti Kashmir.

Menurutnya, Pakistan bersedia untuk berdialog dengan India namun ia tidak boleh disalah anggap sebagai kelemahan mereka.

“Pakistan hanyalah milik mereka yang tunduk kepada tuhan yang satu,” katanya. – Agensi

The post Pakistan seru India laksanakan Artikel 370 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *