Pakai topeng sebelum samun

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU -Tiga penyamun remaja bersenjatakan parang dan bertopengkan ‘joker’ diberkas polis hanya dalam tempoh tiga jam selepas mereka menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Ungku Tun Aminah, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu sebelum unit peronda digerakkan.

Katanya, tindakan pantas polis berjaya mengesan kenderaan dinaiki suspek kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

“Susulan itu polis berjaya menahan tiga suspek berusia antara 15 hingga 19 tahun, manakala seorang lagi suspek masih dikesan.

“Ekoran tangkapan itu, polis turut merampas dua bilah parang panjang, sebilah pedang samurai, sebilah pisau, dua topeng joker dan nombor plat kenderaan bukan asal kenderaan dinaiki mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, dalam kejadian samun berkenaan, tiada mangsa cedera ketika empat suspek terlibat melarikan 10 kotak rokok pelbagai jenama dan dua kotak Kyo Charcoal Filter.

“Hasil ujian air kencing yang dibuat mendapati ketiga-tiga suspek negatif penggunaan bahan terlarang,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan tanpa senjata api. – K! ONLINE

The post Pakai topeng sebelum samun appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *