Padah tangkap ikan tanpa lesen

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan tujuh lelaki selepas didapati melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah pada kedudukan 3 batu nautika Timur Laut Pulau Kendi di sini hari ini.

Penahanan kesemua lelaki tempatan itu dijalankan dalam operasi Op Benteng Laut kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Negeri, Hamizan Harun berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas tiga buah bot kelas A yang diusahakan tujuh lelaki terbabit mendapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985.

“Menerusi operasi itu juga, kita turut menahan tiga lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warganegara Myanmar bekerja di atas sangkar ikan tidak berdaftar kira-kira 2.6 batu nautika selatan Pulau Aman

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga mereka tidak memiliki permit kerja dan dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya di sini.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) kerana tinggal dan berada di Malaysia tanpa suatu pas atau permit yang sah. – K! ONLINE

The post Padah tangkap ikan tanpa lesen appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *