Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1442H/2020M.

Pengumuman itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1442H/2020 di Masjid Negara semalam.

Di majlis penganugerahan itu, Noor Hisham menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat serta sijil penghargaan daripada kerajaan Malaysia selain wang tunai bernilai RM10,000 daripada Yayasan Ubaidi.

Selain itu, Tokoh Ma’al Hijrah Antarabangsa 1442H/ 2020M pula dianugerahkan kepada Syeikh Al Azhar Al-Syarif, Syeikh Prof. Dr. Ahmad Tayyib. – K! ONLINE

The post Noor Hisham Tokoh Maal Hijrah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *