Noor Hisham nafi beliau COO sebuah syarikat

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menafikan beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) seperti yang didakwa sebuah syarikat.

Noor Hisham menerusi ciapan di laman Twitter memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggunakan gambarnya di laman sesawang mereka.

“Syarikat Kashi Mining ada menggunakan gambar saya di website mereka sebagai COO.

“Jelas ini adalah palsu,” ciapnya sebentar tadi.

Seramai 462 orang pengguna laman Twitter telah mengulang ciapan beliau dengan 597 tanda suka.

Rata-rata mereka mendakwa bahawa syarikat tersebut tidak wujud dan ia adalah ‘scammer’.

Salah seorang pengguna Twitter, Halfpeace dengan ciapannya,”cawangan pun pakai nombor telefon bimbit, nampak sangat scammer ni.”

Sementara itu, seorang lagi pengguna, Dssy turut mengulang ciapan beliau,”website pun dah tiada, malulah tu guna gambar orang.”-K! ONLINE

The post Noor Hisham nafi beliau COO sebuah syarikat appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *