Ni Hsin F&B hantar permohonan mempatenkan produk baharu  ke MyIPO  

PETALING JAYA  – Ni Hsin Resources Bhd. melalui anak syarikatnya,  Ni Hsin Food & Beverages Sdn Bhd (Ni Hsin F&B) telah menghantar permohonan untuk mempatenkan penemuan terbaharunya bagi kopi tenaga baharu di bawah jenama BlackBixon di pasaran.

Pengarah Urusan Ni Hsin F& B, Khoo Chee Kon berkata, permohonan yang dihantar kepada  Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu bertujuan untuk melindungi kelebihan produk syarikat.

‘Usaha sama yang terjalin dengan Fiatec Biosystem Sdn. Bhd. telah membantu kami membangunkan pelbagai produk termasuk kopi tenaga dan kopi berkhasiat yang akan dipasarkan di bawah jenama BlackBixon.

“Kami juga telah melantik  Global Coffee Resources Sdn. Bhd. untuk membekalkan biji kopi dan serbuk kopi serta bantuan teknikal kepada Ni Hsin F&B dalam pembangunan resipi minuman,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.

Chee Kon menjelaskan, Kumpulan mahu memberi tumpuan terhadap perniagaan makanan dan minuman serta pengedaran produk minuman tenaga dan kesihatan seiring dengan kesedaran rakyat Malaysia mengamalkan cara hidup sihat.

 

The post Ni Hsin F&B hantar permohonan mempatenkan produk baharu  ke MyIPO   appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *