Netizen Malaysia serang akaun Facebook Jokowi

JAKARTA – Akaun Facebook rasmi Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi diserang oleh komen-komen dari rakyat Malaysia selepas memuat naik gambar bersama Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut laporan Suara.com, komen-komen yang ditinggalkan berbaur amaran agar Jokowi berhati-hati dengan Muhyiddin yang dikatakan mungkin mahu merampas kedudukannya di Indonesia.

Tidak cukup dengan itu, netizen meminta Jokowi menghalang Muhyiddin daripada pulang ke Malaysia kerana beliau tidak mampu memimpin Malaysia dengan baik.

“Jika Pak Jokowi izinkan beliau baca doa di televisyen, pasti jawatan Presiden Indonesia akan dirampas Muhyiddin. Jaga-jaga ya, Tuan Presiden,” komen pengguna akaun Faizul Hassan.

“ Perdana Menteri Malaysia dari Perikatan Nasional sudah hilang majoriti kenapa tidak letak jawatan. Perdana Menteri yang amat memalukan Malaysia,” tulis pengguna bernama Omar.

“Pemimpin Malaysia yang jadi Perdana Menteri tanpa sokongan majoriti rakyat dan menggunakan tipu helah,” komen akaun bernama Shafaruddin Hanafiah. 

Muhyiddin dan Jokowi mengadakan pertemuan empat mata di Istana Presiden, Jakarta Pusat dalam satu sesi lawatan rasmi kurang 24 jam pada Jumaat. – Agensi

The post Netizen Malaysia serang akaun Facebook Jokowi appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *