MR.D.I.Y. sumbang RM3.8 juta untuk program CSR

KUALA LUMPUR – MR.D.I.Y. telah menyumbang lebih daripada RM3.8 juta dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan.

Pengerusi MR. D.I.Y., Datuk Azlam Shah Alias berkata, sumbangan tersebut terdiri daripada set perlindungan keselamatan (PPE), topeng muka, pelitup muka dan material untuk membuat pelitup muka.

“Ini adalah inisiatif syarikat dengan kerjasama pihak lain untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Azlam Shah menjelaskan, terbaharu pihaknya telah mengubahsuai sebuah bilik rekod kesihatan pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menjadi sebuah bilik pelbagai guna untuk kakitangan dan pelajar pusat perubatan tersebut.

Bilik yang dikenali sebagai The Zone itu akan memberi peluang kepada PPUM untuk tujuan pembelajaran, tutorial, perbincangan dan pengajaran klinikal juga sebagai ruang untuk memaklumkan status kesihatan pesakit kepada waris terdekat.

“Ini merupakan cara kami berterima kasih kepada warga kerja perubatan di PPUM atas ketekunan serta dedikasi mereka dalam menjalankan tugas bagi menjaga kesihatan rakyat Malaysia.

“Saya berharap sumbangan ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memastikan kesejahteraan petugas barisan hadapan dan warga kerja PPUM dengan adanya sebuah ruang yang kondusif disediakan bagi tujuan pembelajaran perubatan dan kesihatan,” jelasnya.

Ini bukan kali pertama syarikat bekerjasama dengan Universiti Malaya tetapi turut diadakan bersama Pusat Komuniti dan Kelestarian Universiti Malaya (UMCares) dalam penganjuran pertandingan DIY Made Simple peringkat kebangsaan bagi para pelajar sekolah menengah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pengurusan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Iskandar Ahmad menerangkan, memandangkan PPUM adalah salah sebuah hospital bagi merawat pesakit Covid-19 maka pihaknya sangat beruntung kerana menerima banyak sumbangan daripada pelbagai syarikat korporat.

“MR.D.I.Y. adalah syarikat pertama yang menghulurkan bantuan kepada PPUM  semasa diawal fasa pandemik.

“Sehubungan itu, bagi pihak hospital, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak MR. D.I.Y. atas sumbangan (The Zone), sumbangan ini amat bermakna sekali buat kami di PPUM dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” jelas beliau.

The post MR.D.I.Y. sumbang RM3.8 juta untuk program CSR appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *