MR.D.I.Y. anjur kempen beli barangan Malaysia

KUALA LUMPUR – MR.D.I.Y. menganjurkan kempen Proudly Made in Malaysia bertujuan menyokong kempen beli barangan Malaysia dan mengga­lakkan le­bih ramai rakyat membeli-belah dalam negara agar dapat merang­sang ekonomi negara.
Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y. Andy Chin berkata, kempen yang diadakan sepanjang bulan September bersempena sambutan Hari Malaysia tidak lama lagi, semua premisnya akan menawarkan pelbagai pilihan jenama produk Malaysia yang boleh didapati di cawangannya di seluruh negara dan juga secara online, www.mrdiy.com.my.

“Pelanggan boleh menikmati potongan harga sehingga 25 peratus bagi lebih 30 produk tempatan yang terpilih dalam empat kategori khususnya perkakasan, barangan keperluan rumah, alat tulis dan aksesori kereta,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Chin menjelaskan, produk Malaysia yang menawarkan poto­ngan harga di cawangan MR. D.I.Y. dan secara online meliputi jenama barangan keperluan rumah seperti Elianware, Lava, Felton, Waxco, Rayaco dan sudah tentunya produk MR.D.I.Y. sendiri.
Menurut beliau, antara rangkaian produk tempatan tersebut termasuklah botol air, kotak makanan, cawan keluli tahan ka­rat, mop, penyapu, tong sampah, penyangkut baju, kotak perala­tan dan produk penjagaan kereta serta buku nota.
“Kami menyambut baik ini­siatif kerajaan untuk meningkat­kan perbelanjaan domestik da­lam kalangan rakyat Malaysia,” ujarnya.
Chin berharap, menerusi kempen Proudly Made in Malaysia itu, pihaknya akan memberi inspirasi kepada pengilang, pengedar dan peruncit tempatan memberi sokongan kepada jenama, produk dan perkhidmatan tempatan negara.

The post MR.D.I.Y. anjur kempen beli barangan Malaysia appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *