MQ Technology meterai perjanjian miliki Kibaru

KUALA LUMPUR –  MQ Technology Bhd. (MQ Technology) telah memeterai perjanjian jualan saham dengan Kibaru Manufacturing Sdn. Bhd. (Kibaru).

Pemeteraian memorandum perjanjian (MOA) itu bertujuan untuk memiliki 70 peratus saham sedia ada Kibaru.

Kibaru, syarikat tempatan dari Pulau Pinang terlibat dalam pengeluaran komponen getah untuk pelbagai industri termasuk perubatan.

Bermula dari tahun 1980an, Kibaru yang hanya berasal daripada entiti yang terlibat dalam kajian dan pembangunan (R&D)  itu kini telah berjaya menjadi pengeluar komponen getah utama di rantau Asia Pasifik.

Kejayaan sepanjang 18 tahun dengan memiliki rekod perniagaan dalam R&D itu telah menjadikan Kibaru berada ke hadapan dalam aspek rekaan dan pengilangan komponen getah di rantau ini.

Syarikat juga telah memiliki pengalaman yang luas dalam jalinan usaha sama dengan beberapa syarikat tempatan dan juga antarabangsa dalam bidang teknologi maklumat, elektronik, audio visual. Telekomunikasi, farmaseutikal dan automotif.

Pengarah Urusan Kibaru, Ong Chong Joo berkata, syarikat telah bersetuju secara prinsipal untuk mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 dari  Fosun International Ltd, syarikat dari China.

Vaksin tersebut akan diedarkan ke klinik dan hospital di rantau Asia Tenggara bersama-sama produk semasanya seperti kit ujian Polymerase Chain Reaction  (PCR).

Fosun adalah sebuah syarikat konglomerat dan pelaburan yang diasaskan pada tahun 1992 oleh Guo Guangchang dengan empat rakannya, dengan beribu pejabat di Shanghai, China.

Mengulas mengenai bekalan vaksin tersebut, Pengarah Eksekutif MQ Technology,  Terence Cheah Eu Lee berkata, ujian kit PCR dari Fosun adalah tepat dan ia akan memberi keputusan dalam tempoh sejam.

“Kami bercadang untuk membangunkan pusat ujian dan vaksinasi di lokasi strategik di rantau Asia Tenggara.

“Melalui vaksin ini, kita berharap pandemik Covid-19 akan berakhir,” jelasnya. 

The post MQ Technology meterai perjanjian miliki Kibaru appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *