Mohd. Fakhrul tamatkan kayuhan 2,400km

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Pegawai bomba, Mohd. Fakhrul Munir Mohd. Isa, 38, yang berbasikal solo mengelilingi seluruh Semenanjung Malaysia bagi mengumpul sumbangan untuk Tabung Kebajikan Anggota Bomba menamatkan kayuhan sejauh 2,400 kilometer (km) hari ini.

Beliau tiba di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebelum menyerahkan sehelai baju T kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib sebagai simbolik tamat kayuhan solonya.

Sepanjang laluan kayuhannya, beliau singgah di 105 buah balai bomba sekali gus melepasi sasaran awal yang ditetapkan iaitu 2,020 km dan 63 buah balai bomba.

Kayuhan dengan slogan Mencari Hati Emas itu berjaya ditamatkan dalam tempoh 26 hari sejak dimulakan pada 6 Ogos lalu dengan jumlah kutipan terkumpul sebanyak RM27,144.

Mohd. Fakhrul yang juga jurulatih Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Tengah berkata, kayuhan solo amal itu dilaksanakan untuk mengumpul dana bagi membantu ahli keluarga dan waris enam anggota bomba yang lemas dalam tragedi menyayat hati di lombong Taman Putra Perdana, Puchong pada 3 Oktober 2018.

Ia juga bagi mengumpul dana bagi meringankan beban ahli keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim iaitu anggota bomba yang meninggal dunia dalam kejadian rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya, Selangor, dua tahun lalu.

Sepanjang kayuhan, Mohd. Fakhrul singgah di 105 buah balai bomba termasuk balai bomba lapangan terbang, balai bomba sukarela dan balai bomba Petronas. -K! ONLINE

The post Mohd. Fakhrul tamatkan kayuhan 2,400km appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *