MetMalaysia adakan ujian siren SAATNM bermula pukul 9 pagi

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, ujian tersebut melibatkan tiga kawasan iaitu Miri, Kuala Terengganu dan Pulau Pangkor.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja.

“METMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya menerusi laman Facebook.-K! ONLINE.

The post MetMalaysia adakan ujian siren SAATNM bermula pukul 9 pagi appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *