Masih ada pasukan Liga M langgar SOP cegah Covid-19

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Ab. Ghani Hassan menegaskan, masih terdapat beberapa pasukan Liga Malaysia (Liga M) dilihat gagal mengikut peraturan badan induk tersebut.

Menurut beliau, pihaknya memantau perlawanan-perlawanan Liga Super dan Liga Premier sepanjang bulan lalu dan mendapati masih ada sebahagian pasukan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Justeru, Ab. Ghani sekali lagi mengingatkan semua pasukan agar sentiasa mematuhi SOP bagi memastikan kelancaran Liga M yang kembali bersambung 28 Ogos selepas ditangguhkan sejak 16 Mac lalu disebabkan pandemik Covid-19. 

“Berdasarkan laporan komisioner perlawanan yang dilantik, pihak sekretariat MFL mendapati terdapat beberapa pelanggaran SOP berlaku sepanjang tempoh perlawanan Liga Super dan Liga Premier bulan lalu.

“Pertama, kegagalan pegawai pasukan dan petugas memakai pelitup muka dengan betul. Keduanya, pematuhan penjarakan fizikal juga tidak diamalkan oleh petugas dan VIP (golongan kenamaan) yang hadir.

“Pihak MFL menyeru semua pasukan bertanding agar terus mematuhi SOP supaya hukuman dan denda dapat dielakkan dalam kita bersama-sama menjayakan baki saingan Liga M musim ini,” katanya. – K! ONLINE

 

The post Masih ada pasukan Liga M langgar SOP cegah Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *