Mangsa maut di Lata Medang akan dibawa turun dengan bantuan helikopter bomba

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut selepas tergelincir sebelum terhentak batu dalam satu kejadian di kawasan air terjun Lata Medang di sini hari ini.

Mangsa, Abdullah Ammar Mohd. Sharimshah, 22, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi.

“Pihak bomba mengambil masa pendakian selama dua jam dari tempat letak kenderaan ke lokasi air terjun.

“Operasi menurunkan mangsa masih dilakukan dan kita akan menggunakan helikopter untuk membawa mangsa turun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

The post Mangsa maut di Lata Medang akan dibawa turun dengan bantuan helikopter bomba appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *