Man United muncul saingi Liverpool

MUNICH – Ketua Pegawai Eksekutif Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mendedahkan pemainnya, Thiago Alcantara hampir pasti meninggalkan kelab itu.

Menurutnya, Bayern menjangka dalam tempoh beberapa hari lagi mereka akan menerima tawaran daripada pasukan yang berminat dengan khidmat Alcantara.

Bekas pemain Barcelona itu dilaporkan menjadi sasaran utama Liverpool biarpun masih belum ada bidaan dilakukan tetapi perkemba­ngan terbaharu me­nyaksikan dia turut berada dalam senarai utama buruan Manchester United.

Laporan akhbar di Jerman mendedahkan bahawa United tidak bermasalah untuk menyelesaikan urusan perpindahan berkenaan selepas ditandakan dengan harga €30 juta (RM148.69 juta).

“Nampaknya dia kelihatan benar-benar mahu meninggalkan kami. Sangat penting untuk dia membuktikan kemampuan beraksi dalam perlawanan-per­lawanan besar.

“Apabila memikirkan mengenai perkara itu, kami rasa sangat kecewa kerana dia sangat pen­ting untuk pasukan ini. Saya jangka kami akan menerima tawaran dalam tempoh beberapa hari lagi,” kata Rummenigge.

United dilapor kembali me­nyatakan minat untuk mendapatkan Alcantara selepas legenda kelab itu, Wayne Rooney mendedahkan bahawa pemain itu berada dalam radar The Red Devils untuk beberapa tahun kebelakangan ini dan tidak mahu khidmatnya terlepas ke Liverpool.

“Dia hampir tiba di Old Trafford pada 2013 dan sekarang Li­verpool dikaitkan dengan perpindahannya.

“Alcantara adalah antara pemain tengah terbaik dan saya harap dia tidak menyertai Li­verpool. Dia bijak merampas bola di kaki lawan dan menjadikan kawasan tengah pasukannya lebih solid, saya sangat gemarkan cara permainannya.

“Dia adalah pemain yang hebat dan saya gembira jika dapat menyaksikannya di Liga Perdana Inggeris,” ujar Rooney. – AGENSI

The post Man United muncul saingi Liverpool appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *