‘Malaysia vs Covid-19’ buah tangan Hari Kemerdekaan

KUALA LUMPUR- Penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit, Astro menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 negara dengan menayangkan pelbagai kandungan baharu bagi meraikan kepelbagaian sejarah Malaysia.

Kandungan baharu melibatkan telefilem, program eksklusif Merdeka dan dokumentari itu bakal ditayangkan di saluran Astro, Astro GO dan On Demand bermula 25 Ogos hingga 17 September depan.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, dokumentari bertajuk Malaysia vs Covid-19 merupakan antara kandungan baharu ditayangkan kepada umum sempena Hari Merdeka.

“Dokumentari arahan Lina Tan itu bakal menceritakan kisah-kisah menyentuh hati pesakit dan ahli keluarga mereka, petugas barisan hadapan dan rakyat dalam mendepani wabak Covid-19.

“Ia bakal ditayangkan di saluran Astro Ria, AEC, Vinmen HD, Hello dan Awani bermula pukul 6 petang, 12 September depan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’ di sini hari ini.

Tambahnya, antara kandungan baharu lain yang akan ditayangkan termasuklah dokumentari Bertakhta di Hati Rakyat dan Judi Dench Wild Borneo Adventure.

“Dokumentari Bertakhta di Hati Rakyat diarahkan oleh Basir Siswo dengan menyingkap kehidupan Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi dua bahagian.

“Dokumentari tersebut akan ditayangkan di saluran 105 Astro Prima bermula pukul 9.30 malam pada 30 dan 31 Ogos ini,” ujarnya.- K! ONLINE

The post ‘Malaysia vs Covid-19’ buah tangan Hari Kemerdekaan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *