Malaysia tidak ikhtiraf status pelarian Rohingya

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan sama sekali tidak mengiktiraf status pelarian Rohingya dan mengklasifikasikan mereka sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI) yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR).

Ini kerana Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid berkata, kerajaan bagaimanapun membenarkan mereka untuk tinggal sementara di negara ini, atas dasar kemanusiaan sebelum ditempatkan di negara ketiga oleh UNHCR.

“Kerajaan mengambil maklum kegusaran orang awam yang timbul berhubung pemegang kad UNHCR daripada etnik Rohingya namun dasar kerajaan ketika ini menentapkan pelarian dibenarkan bekerja sendiri iaitu pekerjaan sektor tidak formal.

“Pelarian ini juga bebas bergerak kecuali Sabah dan Sarawak dan mendapat akses perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan dengan hanya dikenakan bayaran 50 peratus berbanding harga warga asing yang mempunyai dokumen sah,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Tan Sri Dr. Ibrahim Shah Abu Shah menyatakan langkah-langkah yang diambil Kerajaan dan polisi kerajaan Malaysia mengenai isu pelarian Rohingya yang sedang berada di Malaysia.K! ONLINE.

The post Malaysia tidak ikhtiraf status pelarian Rohingya appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *