Lelaki tinggal kereta terjun Jambatan Pulau Pinang

Oleh SYALMIZI HAMID

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di kilometer 2.2 arah pulau dekat sini hari ini.

Mangsa berusia 24 tahun itu disyaki terjun selepas meninggalkan kereta dipandunya dalam keadaan enjin masih hidup di lorong kecemasan dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya yang menerima panggilan pada pukul 8.36 malam mendapati mangsa meninggalkan kereta jenis Perodua Bezza berwarna merah dalam keadaan pintu terbuka selain telefon pintarnya ditemui terjatuh berdekatan kereta.

“Bomba melakukan pencarian pada permukaan air di kawasan sekitar mangsa dipercayai terjun,” katanya kepada pemberita sebentar tadi. – K! ONLINE

The post Lelaki tinggal kereta terjun Jambatan Pulau Pinang appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *