Lelaki ‘melekat’ belakang lori meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dilaporkan parah akibat merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 1.2 Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang  (DUKE ) di sini semalam disahkan meninggal dunia.

Mangsa, Ting Teck Loo,43, dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya mengesahkan mangsa meninggal dunia pukul 7.45 malam.

“Mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di HKL  dan proses bedah siasat akan dijalankan pukul 9 pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kosmo semalam melaporkan, seorang penunggang motosikal terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit akibat mukanya melekat di bahagian belakang sebuah lori selepas terlibat dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Duta – Ulu Kelang  (DUKE ) di sini.

Dalam kejadian pukul 1.20 petang, mangsa berusia 43 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan parah pada bahagian muka sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda itu merempuh belakang sebuah lori yang berhenti akibat kerosakan gear. – K! ONLINE

The post Lelaki ‘melekat’ belakang lori meninggal dunia appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *