Lelaki maut jatuh bangunan

AMPANG JAYA – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh dari bangunan pusat beli-belah, Melawati Mall di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengawal keselamatan Melawati Mall pada pukul 11 malam berhubung kejadian tersebut.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mangsa berusia 42 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang selain tidak memakai baju.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kepala mangsa berdarah serta kedua-dua belah tangan kanan dan kiri patah.

“Hasil siasatan pihak polis tidak menemui sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Azmi berkata, hasil bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur mendapati mangsa maut akibat cardio respiratory arrest secondary to polytrauma (jantung terhenti).

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” ujarnya. – K! ONLINE.

The post Lelaki maut jatuh bangunan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *