Lelaki mati jatuh tersembam di Pasar Paka

Oleh NIK NUR IZZATI HAZWANI NIK ADNAN

DUNGUN – Seorang tukang potong rumput yang sedang bersembang dengan rakan wanitanya tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia di Pasar Paka dekat sini malam tadi.

Lelaki berusia 43 tahun itu meninggal dunia di hadapan sebuah gerai buah-buahan yang terdapat di pasar itu pada pukul 9.30 malam.

Seorang saksi, Zariman Mohamed, 55, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang mengemas gerainya untuk menutup operasi.

“Sebelum kejadian, lelaki itu dan wanita berkenaan sedang duduk di bangku sambil bersembang.

“Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut tiba-tiba jatuh tersembam menyebabkan wanita di sebelahnya tergamam sebelum menjerit meminta pertolongan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Zariman berkata, dia difahamkan lelaki berkenaan dan wanita terbabit sedang berteduh daripada hujan lebat di kawasan pasar itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan kejadian. – K! ONLINE

The post Lelaki mati jatuh tersembam di Pasar Paka appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *