Lelaki ditemui mati ditikam

KAJANG – Seorang lelaki Indonesia mati ditikam dalam satu kejadian di Jalan 4/1B, Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya terima maklumat berhubung kejadian pada pukul 7.04 malam.

“Sepasukan polis dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik kita menerima maklumat.

“Siasatan masih dijalankan di lokasi kejadian bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE

The post Lelaki ditemui mati ditikam appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *