Lelaki ditahan, memandu secara merbahaya

Oleh IVAN AMIRUL

LABUAN – Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun ditahan berikutan memandu kenderaan secara berbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi tadi, tindakan lelaki itu turut hampir melanggar beberapa kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, suspek terbabit sudah ditahan susulan rakaman video yang menjadi tular di aplikasi WhatsApp.

“Video tular berkenaan menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dipandu suspek secara merbahaya dan melawan arus.

“Kejadian itu berlaku semalam di Jalan Kinabenua menghala ke Jalan Sungai Keling/Rancha-Rancha.

“Suspek memandu kenderaan itu secara berbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan dan hampir melanggar kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan.

“Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, suspek ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melakukan kesalahan memandu secara melulu dan bahaya.

“Polis meminta saksi awam yang merakam kejadian itu untuk tampil membantu pihak polis,” katanya.-K!ONLINE

The post Lelaki ditahan, memandu secara merbahaya appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *