Lelaki dipercayai terjun jambatan

Oleh SHARKAWI LONDING

MUAR – Seorang lelaki berusia 34 tahun dikhuatiri lemas selepas dia dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail 1, di sini hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, pihaknya menerima satu panggilan pada pukul 3.42 petang berhubung seorang lelaki bernama Lim Wee Chong yang telah terjun dari jambatan tersebut.

Katanya, orang ramai yang berada di lokasi kejadian telah melihat mangsa terjun ke Sungai Muar.

“Sejurus panggilan diterima, sebanyak dua jentera dengan kekuatan 10 anggota telah dikejarkan ke lokasi bagi operasi pencarian dan menyelamat (SAR) mangsa.

“Pencarian itu dengan menggunakan kaedah surface searching di lokasi, namun sehingga kini operasi masih belum menemui mangsa berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Operasi SAR akan diteruskan sehingga mangsa ditemui. -K! ONLINE

The post Lelaki dipercayai terjun jambatan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *