Larsson dilantik penolong jurulatih Barcelona

BARCELONA – Gergasi Sepanyol, Barcelona telah melantik bekas penyerang pasukan itu, Henrik Larsson sebagai pembantu jurulatih kepada pengurus baharu, Ronald Koeman.

Larsson, 48, menandatangani kontrak dua tahun dan akan bekerjasama dengan bekas pengendali FC Twente dan Hoffenheim, Alfred Schreuder dalam barisan kejurulatihan baharu The Catalan.

Koeman yang dilantik bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Quique Setien, merasakan kedua-dua individu itu mampu membantu beliau mengembalikan semula zaman kegemilangan Barcelona.

Larsson sebelum ini tidak mempunyai pasukan hampir setahun selepas meninggalkan jawatannya sebagai pengurus kelab Sweden, Helsingborg pada Ogos 2019.

Sebagai rekod, legenda bola sepak Sweden itu pernah beraksi dengan Barcelona dan menjaringkan 22 gol daripada 62 perlawanan dalam semua kejohanan dari 2004 hingga 2006.

Sepanjang bersama The Catalan, Larsson berjaya memenangi dua gelaran La Liga, satu kejuaraan Piala Super Sepanyol dan satu trofi Liga Juara-Juara. – K! ONLINE

The post Larsson dilantik penolong jurulatih Barcelona appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *