Lagi warga asing ditahan di sangkar ikan

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

GEORGE TOWN – Maritim Malaysia (APMM) menahan dua pekerja sangkar ikan warga Myanmar selepas gagal mengemukakan permit yang sah ke negara ini pada kedudukan 0.1 batu nautika Timur Batu Uban di sini petang tadi.

Operasi dijalankan anggota peronda maritim negeri Pulau Pinang ke atas bot sangkar yang dinaiki lelaki warga asing terbabit kira-kira pukul 4 petang.

Pengarah Maritin Negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati permit dua daripada tujuh pekerja asing warga Myanmar itu telah tamat tempoh sejak April lalu.

“Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal dan berada di Malaysia selepas pas atau permit sudah tamat tempoh.

“Kesemua mereka dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, APMM turut menahan dua buah bot nelayan tempatan kelas A setelah didapati melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah pada kedudukan 1.3 dan 1.4 batu nautika Barat Laut Tanjung.

“Empat individu berusia 35 hingga 52 tahun yang sedang menangkap ikan di atas bot itu dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah.

“Kedua-dua bot tidak bernombor tersebut bersama dua unit pukat rawa sorong, 80 kilogram ikan campur, dua tekong serta dua awak-awak ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk siasatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

The post Lagi warga asing ditahan di sangkar ikan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *