Lagi bot nelayan Indonesia diusir

PETALING JAYA- Lapan bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara 30 batu nautika selatan Pulau Perak diusir keluar.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata, Kapal Diraja (KD) Mahawangsa mengesan kehadiran bot-bot itu semasa melakukan rondaan di Selat Melaka Utara pada pukul 9.44 pagi tadi.

“KD Mahawangsa yang sedang melaksanakan rondaan dalam Ops Benteng telah mengesan sebuah bot nelayan Indonesia yang pertama sedang bertambat di boya dalam perairan negara.

“Melihat kehadiran KD Mahawangsa, bot nelayan tersebut segera memotong tali boya dan beredar keluar dari perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seterusnya KD Mahawangsa mengesan lima bot nelayan yang bertambat di boya haram dalam radius 2 batu nautika dari pengesanan yang pertama pukul 10.38 pagi dan mengambil tindakan mengusir kesemua bot tersebut keluar dari perairan negara.

Kapal itu turut mengesan baki dua bot pada pukul 11.42 pagi dan mengusir segera bot keluar dari perairan negara.-K! ONLINE

The post Lagi bot nelayan Indonesia diusir appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *