KV Kortrijk ucap selamat Hari Merdeka

KUALA LUMPUR – Kelab bolasepak Liga Pro Belgium, KV Kortrijk melalui hantaran di laman Facebook rasminya mengucapkan selamat menyambut Hari Merdeka kepada semua peminat di Malaysia.

“Happy Independence Day to all our Malaysian fan (selamat menyambut Hari Kmerdekaan kepada semua peminat kami di Malaysia),” kata hantaran tersebut hari ini.

Hantaran tersebut sehingga kini mendapat lebih lapan ribu tanda suka dan 400 komen rata-ratanya dari peminat kelab bola sepak itu di Malaysia.

KV Kortrijk mula mendapat perhatian ramai apabila berjaya memikat pemain muda negara, Lokman Haqim, 18, awal bulan lalu.

Lokman mengikat kontrak selama lima tahun bersama kelab milik usahawan terkenal negara, Tan Sri Vincent Tan itu. – K! ONLINE

The post KV Kortrijk ucap selamat Hari Merdeka appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *