Korea Utara tingkatkan langkah pencegahan Covid-19

SEOUL – Pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan pelitup muka kini dikuat kuasa kepada pengguna sistem pengangkutan awam di Pyongyang pada ketika Korea Utara meningkatkan langkah mencegah penularan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, Korea Utara mendakwa negara itu tidak mempunyai sebarang kes jangkitan koronavirus.

Bagaimanapun, pemerintah negara itu meningkatkan kawalan keselamatan ke tahap maksimum pada Julai lalu, melaporkan penemuan kes pertama disyaki Covid-19 di Korea Utara membabitkan seorang bekas pembelot yang pulang dari Korea Selatan.

Pyongyang belum mengesahkan sama ada individu itu positif Covid-19 setakat ini.

Beberapa gambar yang dikongsi sejak semalam menunjukkan penumpang memakai pelitup muka dan beratur menggunakan sanitasi tangan sebelum menaiki bas di Pyongyang.

Stesen kereta api di ibu kota Korea Utara, pelawat kelihatan memakai pelitup muka dan diperiksa suhu badan sebelum dibenarkan memasuki bangunan itu.

Di ruang menunggu, pihak berkuasa sibuk membuat semburan nyah kuman sebagai langkah berjaga-jaga.

“Kami menggandakan aktiviti propaganda yang ditetapkan mengikut kadar maksimum sistem darurat,” kata Jon Gyong Hui, seorang ketua doktor di stesen kereta api berkenaan.

Korea Utara menutup sempadan negara pada akhir Januari lalu, semasa virus pembunuh itu mula merebak di negara jiran, China. – AFP

The post Korea Utara tingkatkan langkah pencegahan Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *