Kluster MV Gen, kluster ke-100 ditamatkan

PUTRAJAYA – Kluster MV Gen yang dilaporkan di Klang, Selangor ditamatkan hari ini menjadikannya kluster ke-100 yang diisytiharkan tamat selepas tiada kes baharu selama 28 hari.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman Twitter berkata, kluster itu sebelum ini melaporkan tiga kes melibatkan dua warganegara dan seorang warga asing.

Sementara itu, KKM turut memaklumkan kesemua kes dari Kluster Tawar dan Telaga di Kedah telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

“Kluster ini akan tamat jika tiada kes baharu selama 28 hari, bermula dari kes positif terakhir.

“Begitu juga Kluster DTI Semenyih 2 yang kesemua pesakit sudah sembuh dan didiscaj,” katanya.

Sesebuah kluster akan ditamatkan tempoh pengawasan dan pemantauan sekiranya tiada kes baharu selepas 28 hari atau dua kali tempoh inkubasi. -K! ONLINE

The post Kluster MV Gen, kluster ke-100 ditamatkan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *