KKM saran laksana PKPP sehingga keadaan terkawal

KULAI – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi saranan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melanjutkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) yang dijadualkan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Sri Dr. Adham Baba berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan Covid-19 akan berlangsung tidak kurang dua tahun.

Menurutnya, negara perlu membuat persiapan bagi menghadapinya.

“Dua tahun makan masa yang lama. PM (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) pun ada melancarkan kebudayaan norma baharu, rakyat perlu faham bahawa perlu sama-sama tangani penularan Covid-19.

“Untuk PKPP akan berakhir 31 Ogos ini yang diumumkan PM, Kementerian Kesihatan sudah pun membuat saranan kepada MKN dan PM yang mana PKPP dipertimbangkan untuk kita laksanakan sehingga keadaan lebih terkawal.

“Jadi terpulang yang berhormat (PM) untuk umumkannya dalam masa terdekat, dan kita lihat di negara lain masih bergelut dan kes meningkat, kes import di negara yang tertentu bertambah (Kes Covid-19),”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Prihatin 10gara Selamat di Dewan Raya Felda Bukit Besar, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.-K! ONLINE.

The post KKM saran laksana PKPP sehingga keadaan terkawal appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *