Kilang tilam terbakar

KUALA LUMPUR – Sebuah kilang membuat tilam terbakar di kawasan perindustrian Jalan Desa Aman di sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Zairul Afzan Ishak berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan tersebut pada pukul 4.29 petang dan seramai 29 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat tilam.

“Usaha memadam kebakaran sedang giat dijalankan oleh anggota kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika ini. – K! ONLINE

The post Kilang tilam terbakar appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *