Kidzania tawar harga promosi sempena Merdeka

PETALING JAYA – Pusat hiburan seisi keluarga, KidZania Kuala Lumpur menawarkan promosi tiket istimewa kepada pengunjung bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 hujung bulan ini.
Harga tiket kini hanya RM31 bagi kanak-kanak dan dewasa berbanding RM95 serta RM50 sebelum ini.
Pengurus Besar KidZania Kuala­ Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad berkata, pihaknya mengunjurkan sebanyak 600 tiket dapat dijual sehari bagi promosi khas itu.
“Ia adalah jumlah maksimum pengunjung yang disasarkan setiap hari selepas dihadkan bagi mengelak penularan pandemik Covid-19.
“Tiket yang dijual sehingga hujung bulan ini boleh digunakan pengunjung sebelum 31 Oktober depan,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Shahrul Nizar menerangkan, pelaksanaan promosi itu turut menyokong usaha Tourism Se­langor bagi kempen Pusing Se­langor Dulu! pada tahun ini.
Selain itu, jelas beliau, pihak­nya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan dan memperketatkan pemantauan di pusat hiburan tersebut.
“Selain pemakaian pelitup muka dan pemeriksaan suhu badan, semburan sanitasi dilakukan setiap 20 minit di semua ruangan aktiviti yang disediakan.
“Lebih 80 kakitangan turut ditugaskan untuk memantau ketat keselamatan pengunjung terutama kanak-kanak,” katanya.
Menurut Shahrul Nizar, jumlah pengunjung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sememangnya merosot sejak KidZania dibuka semula pada 18 Julai lalu.
“Namun, kami kini telah me­netapkan had jumlah pengunjung dan amat mengutamakan penjarakan fizikal,” katanya.


KidZania Kuala Lumpur yang beroperasi di Mutiara Damansara itu masih mengekalkan konsep pendidikan dan hiburan interaktif bagi kanak-kanak ber­usia empat hingga 14 tahun.
Pusat hiburan keluarga bertaraf antarabangsa yang diasaskan Mexico itu menyediakan pelbagai aktiviti di sebuah bandar metropolis dengan menawarkan lebih 60 aktiviti menarik.

The post Kidzania tawar harga promosi sempena Merdeka appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *