Kes positif Covid-19 seluruh dunia 30.9 juta

KUALA LUMPUR – Kes positif Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan jumlah kumulatif 30.9 juta orang.

Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kes tertinggi sebanyak 6.9 juta diikuti India (5.4 juta), Brazil (4.5 juta) dan Rusia (1.1 juta).

Kes terendah Covid-19 dicatatkan di Equatorial Guinea (5,002), Hong Kong (5,010), Cuba (5,055) dan Cabo Verde (5,186).

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan di laman Facebook menyebut, jumlah kes harian di seluruh dunia bagaimanapun menunjukkan penurunan sekitar 291,000 kes berbanding 346,000 kes.

“Jumlah kes harian bagi India menunjukkan penurunan iaitu sekitar 93,000 kes, manakala AS dan Brazil masing-masing menunjukkan penurunan 41,000 kes dan 31,000 kes.

“Kadar kematian dunia pada masa kini menurun kepada 3.10 peratus atau sekitar 962,000 kes dan kadar kesembuhan pula meningkat 72.25 peratus atau sekitar 22.4 juta kes,” kata kenyataan itu hari ini.

The post Kes positif Covid-19 seluruh dunia 30.9 juta appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *