Kerajaan Sabah peruntukan RM50 juta tangani Covid-19

Oleh YUN MIKAIL

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri bersetuju memperuntukan RM50 juta bagi menangani penularan Covid-19 di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, menerusi jumlah itu, RM10 juta diperuntukkan untuk menyediakan bakul makanan kepada penduduk di empat daerah terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran.

“Empat daerah berkenaan adalah Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

“Semua pengurusan berkaitan isu wabak ini bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri.

“Jawatankuasa terbabit akan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong manakala Timbalan Pengerusi adalah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi selain ahli-ahli terdiri daripada agensi-agensi negeri dan persekutuan yang berkaitan.

“Oleh itu, Pusat Arahan Covid-19 dimansuhkan dan peranannya diletakkan di bawah jawatankuasa ini,” katanya.

Hajiji berkata demikian menerusi kenyataan akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah yang pertama selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada 29 September lalu.

Sementara itu, menerusi kenyataan sama, Hajiji berkata Pelaksanaan PKPDB di empat daerah di Sabah itu dikuatkuasakan bermula 29 September sehingga 12 Oktober depan.

Ia membabitkan seramai 962,661 orang penduduk.

Sebanyak 1,877 kes Covid-19 dilaporkan di Sabah dengan 842 kes aktif setakat semalam.  – K! ONLINE

The post Kerajaan Sabah peruntukan RM50 juta tangani Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *