Kempen Shop Malaysia Online catat rekod jualan RM400 juta

KUALA LUMPUR – Kempen Shop Malaysia Online yang dilancarkan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada bulan Jun lalu telah merekodkan jualan lebih daripada RM400 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata, sebanyak 22 platform e-dagang terlibat dalam melaksanakan kempen tersebut secara kolektif dan telah memanfaatkan lebih lima juta pengguna.

Menurutnya, kempen tersebut menggalakkan pengguna meningkatkan perbelanjaan secara online dan membuat pembelian dari penjual tempatan menerusi pemberian baucar diskaun yang membolehkan orang ramai menikmati potongan harga dan kos penghantaran.

Surina berkata, rakyat Malaysia disarankan mengutamakan pembelian online daripada penjual tempatan menerusi Shop Malaysia Online.

“Para pengguna yang membeli-belah dalam kempen Shop Malaysia Online sebenarnya te­lah memainkan peranan untuk memberikan sokongan kepada perniagaan tempatan menghadapi cabaran krisis Covid-19 selain membantu memulihkan ekonomi negara.

“Rebut peluang untuk menikmati tawaran terhebat dengan pelbagai baucar diskaun secara onlineyang boleh didapati di platform e-dagang yang terlibat,” katanya dalam siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.

Antara platform e-dagang terlibat ialah Boost, Carousell, ConfirmPlusChop, DeliverEat, Elokal, eRomman, FashionValet, Fave, foodpanda, Grab, JOCOM, Kedai Matdespatch, LazadaYoubeli dan Zalora.

Rakyat Malaysia masih boleh menikmati diskaun hebat dengan mendapatkan baucar digital di platform e-dagang yang terlibat sebelum kempen ini berakhir pada 30 September ini.

The post Kempen Shop Malaysia Online catat rekod jualan RM400 juta appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *