Kembar antara ditahan nodai seorang wanita

KUALA LUMPUR- Tujuh lelaki termasuk dua beradik kembar ditahan polis selepas terlibat kes rogol remaja wanita berusia 19 tahun secara berkumpulan pada 10 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya malam semalam.

“Mangsa mengenali suspek pertama menerusi aplikasi Whatsapp dan pernah berjumpa sebanyak dua kali pada bulan Mac dan Jun di sekitar Shah Alam.

“Sebelum kejadian berlaku, mangsa diajak keluar oleh suspek pertama bersama dua lagi rakan dan salah seorang mereka terlibat kemalangan ketika perjalanan pulang dari Klang ke Shah Alam,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini tadi.

Tambahnya, suspek turut mengajak wanita itu pulang ke rumah bagi membantu mencuci muka sebelum bertindak memegang dan menutup mulut mangsa.

“Mangsa cuba meronta tetapi telah dipegang dan ditindih secara paksa sebelum dirogol oleh suspek secara bergilir-gilir.

“Selepas kejadian itu, salah seorang suspek turut menghantar mangsa pulang ke rumah,” jelasnya.

Kesemua suspek ditahan reman selama lima hari dan disiasat dibawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

The post Kembar antara ditahan nodai seorang wanita appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *