[KEMASKINI] Pemandu Toyota Camry buat laporan polis

BENTONG – Polis berjaya mengesan pemandu kereta jenis Toyota Camry yang melanggar penunggang dan pembonceng motosikal di Kilometer 56.4, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusof Unis berkata, pemandu berkenaan yang berusia 37 tahun hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Gombak dekat sini pada pukul 6.51 petang.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan sedang masih dilakukan.

Menurutnya, penunggang dan pembonceng motosikal yang berusia 26 tahun dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong di sini.

Dalam pada itu, katanya, berdasarkan siasatan, semasa kejadian pada pukul 2.30 petang itu kedua-dua kenderaan tersebut dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah mengubah haluan ke lorong kecemasan untuk memotong kenderaan hadapannya. Motosikal dari lorong kecemasan telah mengelak lalu terbabas ke kiri dan jatuh ke tebing kiri jalan.

“Pemandu kereta tidak memberhentikan kenderaan dan lari dari tempat kejadian manakala mangsa mendapat rawatan di Hospital Bentong,” katanya. -K! ONLINE

The post [KEMASKINI] Pemandu Toyota Camry buat laporan polis appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *