Kanak-kanak maut motosikal ditunggang bapa langgar belakang lori

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas motosikal ditunggang bapanya bersama ibu dan adiknya melanggar belakang sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Taib 2 di sini hari ini.

Difahamkan, lori tiga tan berkenaan sedang berhenti di tepi jalan kerana asap tebal akibat pembakaran jerami padi.

Kanak-kanak tersebut difahamkan merupakan pembonceng yang duduk di raga motosikal manakala bapanya mengalami kecederaan parah dan ibu serta adiknya yang berusia satu bulan pula mengalami kecederaan ringan.

Mangsa maut dibawa ke hospital berdekatan untuk proses bedah siasat manakala bapanya turut dirawat di hospital sama.

Ibu dan adik mangsa pula dirawat di Klinik Kesihatan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -K! ONLINE

The post Kanak-kanak maut motosikal ditunggang bapa langgar belakang lori appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *