Kanak-kanak 7 tahun cemas jari tersepit di kerusi plastik

Oleh SHAARANI ISMAIL

SERI ISKANDAR – Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik-detik cemas apabila jari hantu di kedua-dua belah tangannya tersepit pada sebuah kerusi plastik dalam kejadian di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, kedua-dua jari kanak-kanak berkenaan tidak dapat dikeluarkan selepas dia dipercayai bermain dengan kerusi berkenaan.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kejadian berlaku di Jalan Setia Maju, Taman Maju di sini pukul 5 petang tadi.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pukul 5.17 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Bomba mengambil masala selama kira-kira 10 minit dengan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan jari kanak-kanak berkenaan.

“Kanak-kanak berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ibu bapanya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Operasi tamat pada pukul 5.40 petang. – K! ONLINE

The post Kanak-kanak 7 tahun cemas jari tersepit di kerusi plastik appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *